nuffnang

Thursday, February 28, 2013

Dia dan hidupnya

mungkin telah tertulis
dalam perjalanan hidup dia
untuk dia mencapai sesuatu
perlu dia melalui
jalan yang jauh
dan sukar
dan amat jarang dia mendapatkannya
namun
dia percaya
semua yang dia lalui
kesusahan yang hadapi
adalah yang terbaik untuk dia
adalah untuk kesenangan dia kelak
dia percaya
bahawa Tuhan itu tahu
apa yang bagus untuk hambaNya
masakan Tuhan mahu membebankan hambaNya
dengan sesuatu yang hambaNya tidak mampu hadapi bukan?
dia sedar
ketika ini dia diuji
Tuhannya ingin melihat
adakah hambaNya itu
 dari golongan yang sabar dan bersyukur....
kepada dia
jangan berputus harap
dan percayalah
selagi dia ingat akan Tuhan
maka Tuhan sentiasa ingat pada dia...
dan ingatlah
hanya Tuhan satu-satunya
tempat untuk dia mengadu dan bergantung harap...

No comments:

Post a Comment